aku tidak berani jumpa ''dia'' tadi.....
aku takut aku tidak mampu hadapi ''dia''
aku hanya mampu pandangmu dari sudut yang jauh.....
pemberian itu aku tidak berani berikan kau berdepan pun.....
tidak guna lansung aku ni sebagai seorang lelaki
namun aku hanya mampu buat sedemikian kerana aku tahu bila kita bersua
hanya situasi yang janggal sahaja akan berlaku seperti selalu....
aku tahu aku bukan pilihan hatimu lagi.....
aku tidak dapat membaca buah pikiran mahupun perasaan kau kini.....
aku tidak tahu..... mungkin ''dia'' akan buang sahaja apa yang aku berikan padanya itu.....
mungkin aku tidak patut buat sedemikian , tapi gerak hati aku kian menyuruh aku berbuat sedemikian....
kau bukan lah segalanya tapi hati ini sentiasa menganggap sebaliknya.....
bukan aku tidak merelakan kau pergi namun hati ini tidak mampu seperti sebahagian dari hati ini pergi dan akhirnya tidak dapat pulih semula lagi....
aku harap kau pahami keiklasan aku terhadap kau ...... cinta & sayang aku terhadap kau lebih dari segalanya di dunia ini..... hanya kau yang aku cinta selalu dan selama-lamanya
walau jodoh dan takdir, walau apapun cobaan aku sentiasa mencintai seorang sahaja wahai bidadariku......
No comments:
Post a Comment